Jollibee Buka Cawangan Pertama di Malaysia

Centre Point | Kota Kinabalu, Sabah

Jollibee, restoran menghidangkan Chickenjoy yang terkenal di seluruh dunia, hari ini dibuka secara rasminya di Malaysia dengan sambutan menggalakkan dari pelanggan sekitar Kota Kinabalu. Tarikan utama pengunjung adalah ayam goreng Chickenjoy dari menu Jollibee yang rangup di bahagian luar dan enak di dalam. Hidangan ayam terkenal ini juga mendapat pujian daripada chef selebriti; mendiang Anthony Bourdain serta pelbagai penerbitan antarabangsa seperti South China Morning Post dan Foodbeast.

Kredit : www.yatiowner.com

Selain dari ayam goreng yang lazat, para peminat di Malaysia juga boleh menikmati Jolly Spaghetti dari Jollibee dengan sos citarasa manis penuh dengan hirisan hotdog dan Yumburgers iaitu gabungan klasik kepingan daging Jollibee yang diperbuat daripada daging lembu 100% asli bersama kuah burger istimewa.

Peminat di Malaysia, khususnya di Sabah kini boleh mencuba menu jualan terbaik Jollibee di cawangan pertamanya, Centre Point Kota Kinabalu yang dibuka dari jam 9 pagi sehingga 10 malam setiap hari.

Jollibee merupakan jenama utama Jollibee Foods Corporation (JFC) yang menjadi syarikat restoran Asia terbesar dan pesat membangun di dunia. Modal pasaran syarikat telah mencecah USD 6.1 Bilion pada 7 Disember 2018







Bermula hanya dengan 2 buah kedai aiskrim, JFC berkembang sehingga melebihi 4,300 buah cawangan dan 14 jenis jenama meliputi 21 buah negara. Di Filipina, jenama Jollibee adalah besar berbanding gabungan dua pesaingnya yang terdekat. Cawangan-cawangan Jollibee kini terdapat di 14 buah negara antaranya Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Itali dan Emiriah Arab Bersatu. Di Vietnam, Jollibee merupakan restoran makanan segera yang pesat berkembang dengan lebih 100 buah cawangan. Di Brunei ia merupakan restoran makanan segera #1. Hong Kong dan Singapura, Jollibee berjaya menarik minat warga tempatan menjadi separuh dari pangkalan pelanggannya.

"Ini adalah satu lembaran baru yang menarik bagi Jollibee sempena pembukaan cawangan pertama di Malaysia. Kami menjemput semua rakyat Malaysia untuk datang dan melihat sendiri bagaimana para pelanggan lain beratur panjang untuk menikmati hidangan lazat seperti Chickenjoy bersama layanan mesra dari kami"
Ernesto Tanmantiong | Ketua Pegawai Eksekutif Jollibee Foods Corporation

Pada bulan Oktober lalu, para peminat Jollibee telah membanjiri cawangan terbaru Jollibee di London dan telah beratur panjang sehingga 18 jam untuk menikmati hidangan Jollibee kegemaran mereka. Pembukaan sebuah lagi cawangan di Manhanttan pada bulan November lalu juga turut menyaksikan orang ramai sanggup beratur selama 20 jam dalam cuaca sejuk dan hujan.

"Makanan yang enak tidak mengenal sempadan. Selain di negara sendiri, Jollibee turut digemari di seluruh Asia dna benua lain walaupun selera dan budaya mereka berbeza. Ini telah berjaya menjadikan kami sebagai syarikat restoran Asia yang pesat berkembang dan kami gembira dengan sokongan yang diberikan. Sokongan ini juga memberi semangat untuk melakukan yang lebih baik untuk pelanggan dan sentiasa menghidangkan makanan lazat bersama layanan mesra dari kami"
Dennis | Presiden dan Ketua Perniagaan Antarabangsa Eropah, Timur Tengah, Asia dan Australia.

Blogger Jemputan dari Komuniti Sabahan Blogger : www.curiostraveller.com | www.miakassim.com | www.yatieowner.com | www.lizaizara.com | www.thegreylinesbetween.blogspot.my| www.msvelentine.blogspot.my | www.ecadwinkyasha.com | www.jun-zie.com

No comments

Di Bawah Bayu Kami Bersatu

Powered by Blogger.