Hiking, Perkara Yang Perlu Diambil Berat


Hiking, Perkara yang perlu diambil berat | Assalamualaikum, pembaca setia Sabahan Blogger. Entry kali ini, sha dari blog OpzzpinkyDotMy ingin berkongsi perkara yang perlu diambil berat ketika sudah bertukar minat kepada aktiviti sihat, iaitu hiking.


Entry ini juga sha ambil dari blog sha sendiri dalam entry Tips Memulakan Pendakian, mari sha ajak untuk baca sama-sama entry bila mula hiking, apa perkara yang perlu diambil berat.

Mungkin langkah pendakian korang lebih banyak berbanding dengan sha yang hanya dapat menawan Puncak Gunung Kinabalu pada kali kedua serta beberapa bukit yang ada di Sabah sahaja, tapi tidaklah menjadi kekurangan untuk sha berkongsi tips ini kepada korang yang pertama kali memulakan pendakian, bukan?

Mari sha kongsikan apa yang korang perlu lakukan sebelum memulakan langkah pendakian.

1. Maklumkan kepada keluarga ataupun kawan bahawa kamu ingin mendaki ke bukit berdekatan untuk langkah keselamatan bagi mengelakkan sebarangan hal yang tidak diingini berlaku. Sekurang-kurangnya mereka ini tahu keberadaan korang bila korang ada masalah ataupun sebaliknya. 

2. Mulakan pendakian dengan bacaan doa mengikut kepercayaan masing-masing, kebanyakan bukit yang ada di Kota Kinabalu, tempat sembahyang bagi penganut Kristian, namun itu bukan alasan untuk penganut lain tidak boleh mendaki.

3. Pelihara Alam Sekitar. Semestinya tempat korang memulakan pendakian adalah tempat yang penuh dengan alam flora dan fauna, jadi peliharalah alam sekitar dengan tidak membuang sampah, tidak sesuka hati mematahkan tumbuhan dan paling penting sekali jangan buat bising yang boleh menganggu hidupan lain.

4. Sediakan bekalan air secukupnya. Ini penting untuk pendaki kerana bukan semua puncak bukit menyediakan sumber air yang berbayar. Tapi jangan bawa air dalam kandungan yang terlampau banyak sebab korang yang akan mengusungnya nanti. Beg Water Bladder sesuai untuk pendaki.

5. Bawa tuala kecil untuk mengelap peluh dan ianya juga berguna untuk menutup hidung semasa mendaki ke bukit yang banyak debu dan pasir.

6. Jangan makan terlalu kenyang sebelum mendaki sebab dikhuatiri kamu akan muntah dan jangan memulakan pendakian dengan perut kosong bagi mengelakkan tiada tenaga. Makanlah sebiji epal atau coklat pun sudah memadai.

7. Jangan jalan terlalu cepat. Bagi pendaki yang pertama kali mendaki, korang dinasihatkan untuk tidak jalan terlalu cepat, sha tahu korang mesti teruja untuk sampai ke puncak, tapi biarlah jalan secara perlahan dan kalau boleh berhenti jangan terus duduk. Ambil langkah kecil dan rendah bagi menaiki tangga dan buat jalanan korang seperti zig zag untuk mengelakkan kekejangan kaki.

8. Atur pernafasan. Bernafaslah melalui hidung dan hembus juga melalui hidung, jangan banyak bercakap dan mengunyah sesuatu bagi mengelakkan badan mengeluarkan banyak tenaga.

Bagi pengalaman sha ikut pendakian kawan, ramai juga yang tertewas sebelum sampai kepuncak akibat mengambil mudah dengan tips diatas. Mungkin bagi mereka, mendaki ini sekadar naik bukit - sampai puncak - turun bukit. Tapi kalau korang nak mencuba lagi kenikmatan mendaki kali kedua dan seterusnya menjadikan mendaki sebagai hobi, korang boleh rujuk tips yang sha kongsikan, jika ada penambahan boleh komen dientry ini.

Reward paling best kita dapat untuk pendakian ini adalah sampai ke puncak dengan jayanya, menikmati keindahan sekelilingnya dan sebutlah Alhamdulilah, Subhanallah, Allahuakhbar.

Mulakan pendakian korang sekarang, korang akan merasainya sendiri. :)

Rujukan : 
1. Tips penting sebelum memulakan mendaki
2. Tips Memulakan Pendakian

No comments

Di Bawah Bayu Kami Bersatu

Powered by Blogger.