Program Ke-2 Terokai Lahad Datu Kembara Air Terjun Taliwas Trail 5.5KM Sempena Hari Malaysia Ke-54

Program Ke-2 Terokai Lahad Datu Kembara Air Terjun Taliwas Trail 5.5KM Sempena Hari Malaysia Ke-54 | 16 September 2017- Sempena Hari Malaysia yang ke-54 Hikers Lahad Datu telah membuat anjuran buat kali ke-2 Terokai Lahad Datu iaitu Kembara Air Terjun Taliwas Trail 5.5KM. Program Belia ini telah di Rasmikan oleh Puan Mizma Appehdullah Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Silam.

Program Belia ini telah di hadiri 117 para hikers termasuk pasukan sukarelawan PDRM, IPD dan Ranger Perhutanan Taliwas, bukan sahaja hikers dari Lahad Datu tetapi Muslimah Hikers Tawau dan Sandakan Hikers turut padang memberi sokongan terhadap program ini. 

Program Ke-2 Terokai Lahad Datu Kembara Air Terjun Taliwas Trail 5.5KM Sempena Hari Malaysia Ke-54

Pengarah Program Cik Fea  ( Tudung oren ) bersama Puan Mizma dalam acara penyampaian cenderahati hati kepada Puan Mizma dalam perasmian Program Ke-2 Terokai Lahad Datu Kembara Air Terjun Taliwas Trail 5.5KM  ini.

Dalam ucapan Perasmian Puan Mizma

''Kepada adik-adik untuk menerokai Lahad Datu bukan sahaja dgn kudrat dan pandangan mata, mereka mesti melihat dgn matahati yg tajam agar menjadi belia yang berperanan di atas pentas pembangunan Lahad Datu''. 

''Belia yang dinamik adalah harapan inti kepada kekuatan Lahad Datu untuk terus menjadi sebuah daerah yg bersaing dan maju dgn kualiti Tinggi warganya''

''Belia Lahad Datu harus punya keterampilan dan keyakinan serta berakhlak mulia sebagai cerminan kepada Lahad Datu d masa depan, Kita buktikan kepada Masyarakat luar bahawa Lahad Datu ini aman bukan seperti yang mereka war-warkan''.

''Bahawa Muslimah bukan sahaja di masjid atau acara-acara keagaman, hari ini terbukti mereka adalah lasak. Mereaka adalah package yang seimbangkan dunia dan akhirat''.

Program Ke-2 Terokai Lahad Datu Kembara Air Terjun Taliwas Trail 5.5KM Sempena Hari Malaysia Ke-54
Muslimah Hikers Tawau Program Terokai Lahad Datu Kembara Air Terjun Taliwas 
Program Ke-2 Terokai Lahad Datu Kembara Air Terjun Taliwas Trail 5.5KM Sempena Hari Malaysia Ke-54
Sandakan Hikers Program Terokai Lahad Datu Kembara Air Terjun Taliwas
Program Ke-2 Terokai Lahad Datu Kembara Air Terjun Taliwas Trail 5.5KM Sempena Hari Malaysia Ke-54
Penganjur  Program Terokai Lahad Datu Kembara Air Terjun Taliwas
Dalam Program ini, semua perserta telah di agihkan kepada kumpulan masing-masing yang akan di ketua oleh PDRM, IPD dan Penganjur sendiri. Manakala Ranger Hutan akan mengawasi semua para hikers barisan depan, tengah dan belakang.

Air Terjun Taliwas
Kesemua hikers berjaya sampai ke puncak pendakian Air Terjun Taliwas. Selepas aktiviti mandi manda, kesemua pun meneruskan perjalanan untuk kembali ke starting point sebelum jam 2.00PM bagi mengejar solat fardhu Zohor. Dalam melakukan minta perkara wajib harus di utamakan. Program di akhiri dengan cabutan bertuah oleh semua para Hikers.

Moga aktiviti sebegini terus dianjurakan oleh para Belia. Belia kepada Belia agar lebih ramai belia yang sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dan melahirkan generasi yang bakal meneraju Negara masa hadapan kelak.

Aktiviti sebegini adalah salah satu usaha para belia, mengajak para belia mengamalkan gaya hidup sihat dan menerokai tempat sendri yang mempunyai keindahan yang jauh lebih baik dari tempat orang. Yes Sabah Bagus Bah !!! Punya 1001 keunikan bukan dari segi etnik, budaya namun tempat yang mampu membuat orang luar tergila-gila untul datang.

Program sebegini juga dapat memupuk semangat setia kawan dalam berpasukan. Menikmati tempat baru, pengalaman baru dan sahabat baru.

Program Ke-2 Terokai Lahad Datu Kembara Air Terjun Taliwas Trail 5.5KM Sempena Hari Malaysia Ke-54
Program Ke-2 Terokai Lahad Datu Kembara Air Terjun Taliwas Trail 5.5KM Sempena Hari Malaysia Ke-54
Majulah anak jati Sabah Demi Negeri di Bawah Bayu !!!! Salam Hari Malaysia Ke-54.

No comments

Di Bawah Bayu Kami Bersatu

Powered by Blogger.