Apa Itu Nuffnang? Income dari Iklan

Income Sampingan Dengan Nuffnang

Bagi mengelakkan blog Sabahan Blogger ini terkubur tanpa sebarang artikel baru, Haha saya putuskan untuk republish beberapa artikel di blog lama yang akan saya hapuskan tidak lama lagi. Blog itu banyak kongsikan mengenai tips-tips dan tutorial blog. Jadi saya fikir adalah lebih elok saya kongsikan perkara-perkara yang berkaitan dengan dunia blogging ini.

Apa itu nuffnang? Persoalan yang muncul buat pertama kalinya pada tahun 2010 buat saya apabila mula mengeksplorasi janaan pendapatan sampingan melalui blog. Syarikat Nuffnang mula bertapak sebagai orang tengah kepada publisher (blogger) dan pengiklan (syarikat besar, celcom, dg, samsung, etc) sekitar tahu 2007.

Nuffnang semakin mendapat tempat dalam kalangan blogger terutamanya kerana mereka tidak terlalu memilih untuk menerima sesebuah blog supaya layak menjadi publisher mereka. Dalam erti kata lain semua blogger layak berdaftar di bawah nuffnang. Nuffnang tidak terlalu menitikberatkan jumlah traffik blog untuk menjadi publisher mereka.

Bagaimana nuffnang boleh menjana income pada blog? Berdasarkan pengelaman saya bersama nuffnang selama 3 tahun lebih terdapat beberapa jenis iklan yang boleh menjana pendapatan antaranya adalah CPUV (Cost-per-unique-visit) Campaigns. Iklan ini dapat menjana earning yang boleh di katakan masyuuk namun begitu, ianya bermusim dan kadang-kadang langsung tak dapat.

Berdasarkan Iklan jenis CPUV atau kebiasaannya blogger memanggilnya sebagai buffered earning. Jadi jangan hairan lah mengapa blogger post artikel bila dapat buffered earning kerana benda ni bermusim. Ada blogger lain kata yang Nuffang ni pilih bulu bila nak bagi buffered earning.

Banyak tips telah di kongsikan oleh blogger lain bagaimana supaya terpilih untuk mengiklankan jenis iklan CPUV pada blog. Antara tips yang saya rasa boleh di guna pakai adalah pastikan senantiasa update blogger profile dan survey 2 bulan sekali. Update jam 12.00 am ikut jam nuffnang supaya benda yang anda update di baca oleh sistem mereka terlebih dahulu jika di bandingkan dengan blogger lain.

Jenis iklan lain pula adalah seperti CPC (Click Trough Ratio) Campaign yang menjana pendapatan berdasarkan jumlah klik sahaja. Sebaiknya anda jangan klik iklan anda sendiri bagi mengelakkan berlakunya fraud klik yang menyebabkan akaun anda di sekat mungkin. <--Tak Pasti tak pernah experiment klik sendiri.

Selain itu nuffnang juga memiliki CTR (Click-Through-Ratio) Bonus iaitu satu sistem yang akan memberi anda bonus berdasarkan paparan iklan tersebut. Sebagai contoh, sekiranya anda memiliki 1000 pengunjung blog yang view iklan tersebut dan 2 daripada 1000 pengunjung blog tersebut mengklik iklan nuffnang anda. Melalui kiraan matematik 2/1000 X 100% = 0.2%. CTR anda adalah sebanyak 0.2%, Semakin tinggi CTR anda, Semakin banyak extra bonus anda dapat.

Akhir sekali adalah Sponsor Post iaitu sebuah iklan yang berformat artikel dalam erti kata lain memerlukan olahan ayat yang baik serta mantap. Selama mana bersama nuffnang saya sekali pun tidak pernah menerima sponsor post dari mereka. Mungkin kerana blog saya dulu tidak memiliki niche yang mantap dan olahan serta struktur ayat saya kurang menarik.

Apa Itu Nuffnang? Income dari Iklan

Sejarah bersama nuffnang telah memberi pendapatan sampingan kepada saya walaupun jumlahnya tidak lah banyak. Tapi ianya cukup untuk saya membeli coki-coki, meggi di giant. Maklum lah kalau student nak harap ptptn jak memang tak cukup jika tiada site income alternative yang lain.

Sebanyak RM2,036.49 berjaya saya jana selama 3 tahun bersama nuffnang. Traffik blog saya memng ciput sebab tulah sikit jak dapat jana. Cara cashout adalah melalui cek yang mereka hantar ke alamat anda dan memerlukan sekurang-kurangnya 60-90 hari masa bekerja baru cek tu sampai. Dah sampai cek tu bolehlah cashout kat akaun bank anda.

Di harapkan penerangan serba sedikit menjana income sampingan melalui blog yang bertempek iklan nuffnang mampu memberi sedikit info kepada mereka yang mahu menjadi publisher nuffnang. Yang paling penting sekali kekalkan status Glitterati jika bersama nuffnang kerana mereka menolak poligami dalam erti kata lain tidak mahu di duakan dengan syarikat pengiklan lain.

Jika traffik blog anda tinggi saya cadangkan untuk anda cuba iklan Google Adsence, Geniee, atau Innity. Bayaran yang di terima lagi tinggi jika di bandingkan dengan Nuffnang. Jika anda mahu buat duit dengan affilate maka cubalah Involve.asia pula. Saya harap ramai lagi rakan-rakan blogger yang boleh menjana income secara konsisten melalui blog.

Kepada Sabahan Blogger yang mahu sumbangkan artikel ke blog ini boleh hubungi saya atau Eca untuk invite anda jadi writer blog ini. Semoga blog ini mampu memberikan perkongsian-perkongsian yang menarik kepada rakan-rakan blogger di dunia maya.

1 comment:

  1. Bestnya kan dapat wang dari blog,,kan bagus tu,..tqvm infor ni ya

    ReplyDelete

Di Bawah Bayu Kami Bersatu

Powered by Blogger.